Wednesday, May 7, 2014

SARANAN AGAMA UNTUK DINAR & DIRHAM


Sungguh hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. merupakan kata-kata dan perbuatan yang terbimbing dan membawa kepada kebenaran. Dahulu emas dan perak digunakan sebagai matawang kerana sandaran nilainya adalah yang sebenar-benarnya berharga. Nilai yang dicetak di atas matawang emas dan perak sebanding dengan nilai emas dan perak itu sendiri. Penggunaan Dinar dan Dirham telah diseragamkan sejak zaman kegemilangan Islam lagi kepada berat 4.25 gram emas untuk 1 Dinar dan juga 2.975 gram perak untuk 1 Dirham.

Apabila sistem matawang kertas (fiat) diperkenalkan, sistem itu masih mengambil sandaran nilai matawang kertas dengan nilaian emas. Namun kini tidak lagi. Lalu terjadilah pelbagai masalah kewangan yang saban tahun semakin meruncing. Inflasi antaranya adalah masalah terbesar sistem matawang kertas ini. 

Bayangkan harga seekor kambing pada Rasulullah S.A.W dahulu sekitar 1 Dinar ke 2 Dinar mengikut saiz atau jenis. Dan sekarang pun harganya masih sama jika digunakan Dinar. Namun bagaimana pula perbezaan harga seekor kambing dalam bentuk matawang ringgit? Seekor kambing kini boleh dibeli dengan harga sekitar RM700 ke RM1000 seekor atau mungkin lebih bergantung kepada saiz dan jenis.


Tidak dinafikan sememangnya kita semua memerlukan matawang kertas hari ini bagi meneruskan kehidupan. Namun janganlah lupa untuk mengadakan sebahagian simpanan atau tabungan emas dan perak. 

Satu masa dulu, harga emas sekitar RM30 segram pun kita merasakan mahal, apalagi masa kini dengan harga sekitar RM145 segram. Agak-agaknya berapa harga emas segram di masa akan datang? Mungkin di masa anak-anak kita bakal mendirikan rumahtangga mereka sepuluh tahun lagi, harga emas tidak lagi sama dengan sekarang.

Apa kata ambil kesempatan dengan harga emas menurun sedikit sekarang ini dengan mula memiliki Dinar & Dirham PG pertama anda?

Jom Dinar & Dirham!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

No comments:

Post a Comment