Thursday, May 8, 2014

BERMULA DARI KECIL


Berfikiran besar, bermula dari sedikit, dan cepat melangkah! Sejak dari zaman dahulu lagi emas dan perak sudah dikenali sebagai simbol kekayaan seorang maharaja, sebuah empayar atau sesiapa jua. Emas dan perak juga dilambangkan sebagai simbol kejayaan. Sehingga emas turut dinyatakan sebagai salah satu perhiasan di syurga nanti. Anda ingin berjaya?

Ada tiga perkara penting untuk mengorak kejayaan:

  1. Memulai dengan diri sendiri;
  2. Bermula dari sekarang; dan 
  3. Bermula walau dengan sekecil apa pun kemampuan yang kita ada.

Sekeping 10 Dirham PG merupakan item pilihan bagi penyimpan dengan bajet sekitar RM100.00 manakala sekeping 1 Dinar pula bagi bajet sekitar RM600.00 sahaja. Dengan disiplin simpanan bulanan atau beberapa keping dalam jangka waktu tertentu, insyaAllah dari 10 Dirham boleh menjadi 10 ribu Dirham, dan dari 1 Dinar boleh menjadi 1000 Dinar. 

Jom Bijak Dinar & Dirham!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Wednesday, May 7, 2014

SARANAN AGAMA UNTUK DINAR & DIRHAM


Sungguh hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. merupakan kata-kata dan perbuatan yang terbimbing dan membawa kepada kebenaran. Dahulu emas dan perak digunakan sebagai matawang kerana sandaran nilainya adalah yang sebenar-benarnya berharga. Nilai yang dicetak di atas matawang emas dan perak sebanding dengan nilai emas dan perak itu sendiri. Penggunaan Dinar dan Dirham telah diseragamkan sejak zaman kegemilangan Islam lagi kepada berat 4.25 gram emas untuk 1 Dinar dan juga 2.975 gram perak untuk 1 Dirham.

Apabila sistem matawang kertas (fiat) diperkenalkan, sistem itu masih mengambil sandaran nilai matawang kertas dengan nilaian emas. Namun kini tidak lagi. Lalu terjadilah pelbagai masalah kewangan yang saban tahun semakin meruncing. Inflasi antaranya adalah masalah terbesar sistem matawang kertas ini. 

Bayangkan harga seekor kambing pada Rasulullah S.A.W dahulu sekitar 1 Dinar ke 2 Dinar mengikut saiz atau jenis. Dan sekarang pun harganya masih sama jika digunakan Dinar. Namun bagaimana pula perbezaan harga seekor kambing dalam bentuk matawang ringgit? Seekor kambing kini boleh dibeli dengan harga sekitar RM700 ke RM1000 seekor atau mungkin lebih bergantung kepada saiz dan jenis.


Tidak dinafikan sememangnya kita semua memerlukan matawang kertas hari ini bagi meneruskan kehidupan. Namun janganlah lupa untuk mengadakan sebahagian simpanan atau tabungan emas dan perak. 

Satu masa dulu, harga emas sekitar RM30 segram pun kita merasakan mahal, apalagi masa kini dengan harga sekitar RM145 segram. Agak-agaknya berapa harga emas segram di masa akan datang? Mungkin di masa anak-anak kita bakal mendirikan rumahtangga mereka sepuluh tahun lagi, harga emas tidak lagi sama dengan sekarang.

Apa kata ambil kesempatan dengan harga emas menurun sedikit sekarang ini dengan mula memiliki Dinar & Dirham PG pertama anda?

Jom Dinar & Dirham!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

CAWANGAN PUBLIC GOLD

Sehingga hari ini, Public Gold telah mempunyai 17 buah cawangan seluruh negara. Justeru lebih mudah bagi semua pelanggan untuk mengambil emas atau perak yang telah ditempah, begitu juga untuk membuat jualan balik kepada Public Gold di mana-mana sahaja seluruh negara. 

Contohnya, anda mungkin membuat tempahan emas semasa berada di Selangor dan dalam beberapa hari kemudian anda akan bergerak ke Kedah pula. Oleh itu anda boleh menyatakan pilihan cawangan di Kedah (samada Sungai Petani atau Alor Setar) untuk mengambil emas yang ditempah nanti. Begitu juga jika anda ada membawa beberapa keping Dinar bersama anda dan tiba-tiba anda perlukan sedikit wang tunai, jadi anda bolehlah ke cawangan Public Gold berhampiran untuk menjual balik Dinar tersebut.

Bagi pelanggan sedia ada, boleh membuat tempahan bila-bila masa secara online. Setelah diuruskan bayaran dan bukti pembayaran, bolehlah mengambil emas di cawangan pilihan dengan membawa slip atau dokumen asal bayaran dan salinan Sales Order. 

Bagi yang belum mendaftar menjadi pelanggan, boleh terus ke link ini untuk pendaftaran keahlian percuma. Linknya:  http://www.publicgold.com.my/referral/PG008436/22471 dan jangan lupa isikan maklumat anda. Apabila dah jadi ahli, bolehlah gunakan sistem tempahan di web PG tersebut pada bila-bila masa. 

Jika anda perlukan bantuan, boleh hubungi saya. Saya juga boleh membantu menguruskan tempahan pertama anda. Begitu juga jika anda berminat menjadi Dealer sah Public Gold.


Pejabat Korporat Public Gold atau HQ terletak di Plot 21, Technoplex medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas Fasa IV, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Untuk makluman semua, waktu operasi cawangan Public Gold adalah seperti berikut:
  • Isnin - Jumaat : 9.00 AM - 6.00 PM
  • Sabtu             : 9.00 AM - 1.00 PM

Maklumat cawangan Public Gold:

Zon Utara:

Alor Setar - No.1577, Tingkat 1 & 2, Jalan Kota, 05000 Alor Setar, KEDAH.
Tel: 04-734 4916

Sungai Petani - No.86B, Tingkat 1, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, KEDAH.
Tel: 04-423 2999

Bishop - No. 95, 95A & 95B, Lebuh Bishop, 10200 PULAU PINANG.
Tel: 04-261 9999

Relau - 88E & 88F, Tingkat 1 & 2, Jalan Tun Dr Awang, 11900 Bayan Lepas, PULAU PINANG.
Tel: 04-644 9999

Ipoh - No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, PERAK.
Tel: 05-242 8999


Zon Tengah:

Petaling Jaya - 42A, Tingkat 3, Jalan PJS 8/6, Mentari Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, SELANGOR.
Tel: 03-5634 8999

Ampang - 98A & 98B, Lorong Memanda 2, Ampang Point, Batu 4 1/2, Jalan     Ampang, 68000 Ampang, SELANGOR.
Tel: 03-4257 9916

Klang - No.2, Tingkat 4, Jalan Tiara 2A, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, SELANGOR.
Tel: 03-3341 2999

Kajang - No.19B & 19C, Jalan M/J 1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, 43000 Kajang, SELANGOR.
Tel: 03-8734 9916

Seremban - 152-1 & 152-2, Blok M, Taipan Senawang, Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, NEGERI SEMBILAN.
Tel: 06-678 2916


Zon Selatan:

Melaka - No.9A & 9B, Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, 75350 Batu Berendam, MELAKA.
Tel: 06-317 5499

Johor Bahru - No.45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, JOHOR.
Tel: 07-235 8999

Zon Timur:
Kota Bharu - Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu, KELANTAN.
Tel: 09-746 2999

Kuala Terengganu - 16A, Tingkat 1 & 2, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, TERENGGANU.
Tel: 09-626 3999

Kuantan - A-6624, Tingkat 1 & 2, Jalan Beserah, 25250 Kuantan, PAHANG.
Tel: 03-567 8916


Zon Malaysia Timur:

Kuching - Lot 456 & 457, Tingkat 3, Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, SARAWAK.
Tel: 082-259 916

Kota Kinabalu - Lot No.19, Blok B-10, Corner Lot, Tingkat 1 & 2, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan Sulaman, 88100 Kota Kinabalu, SABAH.
Tel: 088-447 916

Tahukah anda? Pengambilan emas dan perak di cawangan Pulau Pinang dikecualikan dari kos pengangkutan. Jimat beberapa ringgit jika ambil emas di sana, tetapi kos pengangkutan yang dikenakan mengikut saiz emas atau perak di cawangan-cawangan lain pun memang berpatutan. Ini semua kerana kos penghantaran emas dan perak ke cawangan-cawangan dari ibu pejabat memerlukan kos insurans dan kawalan keselamatan. 

Oh ya, jika anda belum menjadi pelanggan Public Gold dan ingin terus berurusan di cawangan berhampiran anda pun boleh. Tetapi jangan lupa maklumkan kepada staf nama dan kod PG saya sebagai introducer anda yer, terima kasih. 

Jom Public Gold bersama saya!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Tuesday, May 6, 2014

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN


Selain daripada memperuntukkan sebahagian kecil (contohnya seperti 10%) daripada pendapatan bulanan anda untuk simpanan masa depan dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas atau perak, anda juga boleh membuat tabungan duit syiling lebihan. Setiap kali pulang dari kerja atau membeli-belah, simpanlah duit lebihan belanja yang ada dalam poket anda ke dalam sebuah tabung di rumah. Jika hari-hari tabung itu diisi, insyaAllah sekejap sahaja dah penuh. 

Kemudian kiralah berapa banyak wang di tabung tersebut. Jika sekitar RM100.00 dah boleh ditukarkan dengan sekeping syiling 10 Dirham PG (sekarang sekitar RM93 jer sekeping). Jika jumlah tabungan banyak sekitar RM600.00 elok tukar terus dengan sekeping 1 Dinar PG (sekarang ni sekitar RM602 jer).

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Banyaklah nanti Dinar dan Dirham yang telah anda kumpul. Mungkin setelah 10 atau 20 tahun lagi, nilaian harga Dinar dan Dirham jauh lebih tinggi berbanding sekarang. Jadi, banyaklah pula keuntungannya. 

Jom Bijak Dinar & Dirham!


Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Sunday, May 4, 2014

APLIKASI TELEFON PINTAR

Tahukah anda bahawa Public Gold juga menyediakan aplikasi telefon pintar bagi membolehkan pelanggan melihat harga emas dan perak terkini serta membuat tempahan. Aplikasi tersebut boleh didapati dari Google Play untuk perisian Android dan juga dari App Store bagi Apple.


Jika anda masih belum menjadi pelanggan atau dealer sah Public Gold, anda juga masih boleh memuat turun (download) aplikasi ini ke telefon pintar anda. Mungkin sesekali anda ingin mengetahui harga semasa emas. Dan harga emas dan perak Public Gold sentiasa dikemaskini setiap 20 minit sekali setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad. Namun jangan lupa untuk memasukkan nama dan info introducer Public Gold anda seperti di imej di atas. Terima kasih.

Bagi pengguna telefon pintar atau tablet keluaran Apple.

Bagi pengguna telefon pintar atau tablet dengan Operating System Android.

Jom Bijak Emas bersama saya.

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Saturday, May 3, 2014

JENIS PELABURAN EMAS

Terdapat banyak jenis pelaburan emas di dunia hari ini seperti saham emas (komoditi), emas fizikal, dan akaun pelaburan emas. Namun, buat masa ini di Malaysia cuma ada dua jenis pelaburan emas yang terkenal iaitu emas fizikal dan juga akaun pelaburan emas. Tidak kurang juga terdapat banyak skim penipuan pelaburan emas. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pelbagai janji dan tawaran yang dihidangkan. Kaji dan buat pilihan bijak.


1. EMAS FIZIKAL

Pelaburan ini merupakan kaedah pelaburan emas paling asas dan paling lama diamalkan di dunia. Sudah tentunya lebih selamat. Anda membeli, sebetulnya menukarkan wang ringgit anda ke dalam bentuk emas tulen fizikal mengikut kemampuan dan perancangan pelaburan bijak, seterusnya anda sendiri yang menguruskannya seperti menyimpan dan menjualnya balik kelak apabila ada keperluan.

Dahulunya ramai orang kita yang mengamalkan kaedah ini dengan membeli emas pakaian (barang kemas). Namun sebenarnya barang kemas agak kurang sesuai untuk dibuat pelaburan. Mengapa? Kerana nilai spread (beza antara harga SELL dan BUY) yang lebih besar. Oleh itu, bagi pelabur bijak, sudah pasti akan memilih emas pelaburan seperti jongkong emas, syiling emas atau dinar emas, disebabkan nilai spreadnya yang lebih rendah. Harus diingat, nilai spread ditetapkan oleh syarikat pengeluar emas dan begitu dengan harganya. Sekali lagi, pelabur bijak akan membuat kajian dan pilihan jenama yang lebih menguntungkan dan juga memudahkan.

2. AKAUN EMAS

Biasanya dijalankan oleh institusi perbankan. Kebiasaannya orang memilih kaedah pelaburan ini kerana pengurusannya diuruskan oleh bank dan pelabur tidak perlu risau tentang urusan menyimpan emas fizikal. 

Namun perlu diingatkan, bagaimana jika setiap pelaburan yang dimasukkan ke dalam buku akaun tidak disandarkan kepada emas tulen fizikal? Jika setiap pelaburan yang dimasukkan itu memang disandarkan kepada emas fizikal, tentunya tiada masalah dan sudah tentu patuh syariah. Bagaimana jika tidak ada sandaran emas fizikal dan tiba-tiba suatu hari, semua pelaburnya datang ke bank untuk mengambil emas masing-masing? Bagaimana pula dengan perlindungan PIDM?

3. SKIM PENIPUAN EMAS

Semua orang pastinya tidak rela ditipu. Tapi masih ramai yang terpedaya dengan pelbagai jenama kaedah ini. Pelbagai teknik pelaburan digubah. Pelabur peringkat awal gembira menerima pulangan, lalu semakin ramai berlumba-lumba untuk melabur. Bila dah terkena, baru nak salahkan orang itu dan orang ini. Apa kata, buat kajian yang lebih teliti dan berhemahlah dalam membuat pelaburan.


Pelaburan sebenar tidak pernah menjanjikan pulangan tetap atau juga pulangan yang sangat lumayan. Perkataan pelaburan itu sendiri perlu terlebih dahulu difahami sebelum wang dikeluarkan. Ingat, PELABURAN sebenar bukanlah SKIM CEPAT KAYA.

Selamat melabur emas dan perak fizikal!

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Wednesday, April 30, 2014

PROMO DEALER 1 - 31 MEI 2014

Promosi Dealer bulan Mei 2014 kali ini lebih meriah. Promosi Back To Basic - DINAR BONANZA


Public Gold menawarkan hadiah sekeping gold bar BungaMas bersaiz 10 gram kepada Dealer Public Gold yang berjaya memperkenalkan 20 orang Dealer baru di dalam tempoh promosi. Wow, BungaMas 10 gram tu!


Mari kita lihat terma dan syarat untuk memenangi hadiah BungaMas 10 gram ini:
  1. Anda layak menerima 10 gram jongkong BungaMas percuma dengan memperkenalkan 20 pengedar baru (kod PG baru) dengan setiap pembelian 30 Dinar ke atas sahaja;
  2. Promosi ini hanya terhad kepada 100 keping jongkong emas BungaMas 10 gram sahaja;
  3. Pihak Pengurusan Public Gold berhak untuk meminda terma-terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis; dan
  4. Tempoh promosi: 1 Mei 2014 – 31 Mei 2014.


Oleh itu untuk bergelar Dealer sah Public Gold menerusi promo ini pun lebih mudah, cuma belian minimum 30 Dinar sahaja.

Lepas jadi Dealer sah, dah terus boleh sertai promo ini dengan perkenalkan 20 orang Dealer baru secepat mungkin. Jadi Dealer dan ajak kawan-kawan, rakan sekerja, kaum keluarga, adik-beradik, saudara-mara dan semua untuk turut jadi dealer dengan belian 30 Dinar menerusi promo ini. Mudahkan?

Jangan tunggu lama-lama. Rebut hadiah BungaMas 10 gram percuma. Harga Dinar sekarang pun masih tak mahal sangat. 

Jom bina masa depan emas bersama Buletin Emas!


Rakan Mesra Public Gold Anda:
Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892