Saturday, May 3, 2014

JENIS PELABURAN EMAS

Terdapat banyak jenis pelaburan emas di dunia hari ini seperti saham emas (komoditi), emas fizikal, dan akaun pelaburan emas. Namun, buat masa ini di Malaysia cuma ada dua jenis pelaburan emas yang terkenal iaitu emas fizikal dan juga akaun pelaburan emas. Tidak kurang juga terdapat banyak skim penipuan pelaburan emas. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pelbagai janji dan tawaran yang dihidangkan. Kaji dan buat pilihan bijak.


1. EMAS FIZIKAL

Pelaburan ini merupakan kaedah pelaburan emas paling asas dan paling lama diamalkan di dunia. Sudah tentunya lebih selamat. Anda membeli, sebetulnya menukarkan wang ringgit anda ke dalam bentuk emas tulen fizikal mengikut kemampuan dan perancangan pelaburan bijak, seterusnya anda sendiri yang menguruskannya seperti menyimpan dan menjualnya balik kelak apabila ada keperluan.

Dahulunya ramai orang kita yang mengamalkan kaedah ini dengan membeli emas pakaian (barang kemas). Namun sebenarnya barang kemas agak kurang sesuai untuk dibuat pelaburan. Mengapa? Kerana nilai spread (beza antara harga SELL dan BUY) yang lebih besar. Oleh itu, bagi pelabur bijak, sudah pasti akan memilih emas pelaburan seperti jongkong emas, syiling emas atau dinar emas, disebabkan nilai spreadnya yang lebih rendah. Harus diingat, nilai spread ditetapkan oleh syarikat pengeluar emas dan begitu dengan harganya. Sekali lagi, pelabur bijak akan membuat kajian dan pilihan jenama yang lebih menguntungkan dan juga memudahkan.

2. AKAUN EMAS

Biasanya dijalankan oleh institusi perbankan. Kebiasaannya orang memilih kaedah pelaburan ini kerana pengurusannya diuruskan oleh bank dan pelabur tidak perlu risau tentang urusan menyimpan emas fizikal. 

Namun perlu diingatkan, bagaimana jika setiap pelaburan yang dimasukkan ke dalam buku akaun tidak disandarkan kepada emas tulen fizikal? Jika setiap pelaburan yang dimasukkan itu memang disandarkan kepada emas fizikal, tentunya tiada masalah dan sudah tentu patuh syariah. Bagaimana jika tidak ada sandaran emas fizikal dan tiba-tiba suatu hari, semua pelaburnya datang ke bank untuk mengambil emas masing-masing? Bagaimana pula dengan perlindungan PIDM?

3. SKIM PENIPUAN EMAS

Semua orang pastinya tidak rela ditipu. Tapi masih ramai yang terpedaya dengan pelbagai jenama kaedah ini. Pelbagai teknik pelaburan digubah. Pelabur peringkat awal gembira menerima pulangan, lalu semakin ramai berlumba-lumba untuk melabur. Bila dah terkena, baru nak salahkan orang itu dan orang ini. Apa kata, buat kajian yang lebih teliti dan berhemahlah dalam membuat pelaburan.


Pelaburan sebenar tidak pernah menjanjikan pulangan tetap atau juga pulangan yang sangat lumayan. Perkataan pelaburan itu sendiri perlu terlebih dahulu difahami sebelum wang dikeluarkan. Ingat, PELABURAN sebenar bukanlah SKIM CEPAT KAYA.

Selamat melabur emas dan perak fizikal!

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

No comments:

Post a Comment