Thursday, April 24, 2014

KERETA ATAU EMAS?


Imej di atas menunjukkan perbandingan nilaian harga di antara dua item, sebuah kereta Myvi dan 1 kg emas pada tahun 2000 dan 2013. 

Kedua-dua item mengalami kenaikan harga dalam tempoh 13 tahun tersebut. Kereta mengalami kenaikan sekitar RM10,000.00 manakala 1 kilogram emas mengalami kenaikan sekitar RM100,000.00 dalam tempoh yang sama. 

Asasnya, semua kita pada hari ini memerlukan kenderaan dan simpanan/pelaburan. Tetapi ramai yang nampak akan keperluan memiliki kenderaan sehingga ada yang sanggup berhabis-habisan menghias kereta dengan pelbagai aksesori tambahan serta ada yang kerap menukar kereta saban tahun. Ramai juga yang menambah koleksi kereta dan kenderaan mereka. Itu adalah bagus jika mengikut keperluan dan kemampuan.

Namun, jangan lupakan simpanan atau pelaburan masa depan yang boleh kita gunakan di waktu-waktu kecemasan kemudian hari nanti. Antara pilihan terbaik untuk simpanan atau pelaburan sebegini adalah emas tulen fizikal. Lihat sahaja di dalam tempoh di atas, kenaikan nilainya dari RM40,000.00 kepada sekitar RM150,000.00 sekilogram. Bagaimana pula jika dibandingkan harga emas tersebut sejak dari tahun 1990 hingga kini. 

Anda pun boleh merasai aura kehebatan emas ini. Emas kalis inflasi. Penurunan nilai ringgit biasa berlaku tetapi emas tetap berharga sepanjang zaman. Mulakan sekarang walaupun hanya dengan sekeping 1 Dinar atau sekeping gold bar 10 gram. Jom saya bantu!

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri | PG8436 | 014-220 7892

No comments:

Post a Comment