Monday, April 28, 2014

PRODUK PUBLIC GOLD: DINAR

Dinar merupakan salah satu matawang Islam dan berat piawainya telah ditetapkan pada 4.25 gram bagi setiap 1 Dinar. Matawang Dinar adalah disandarkan 100% kepada emas tulen.

Sebagai mengingati kembali penggunaan matawang Dinar ini, Public Gold menerusi Public Dinar telah mengeluarkan syiling emas Dinar di dalam empat saiz buat masa ini. Saiz tersebut adalah 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan juga 10 Dinar.





Ukiran bentuk kerawang bunga di belakang setiap Dinar Public Gold sangat memikat mata memandang dan ukiran masjid di belakang syiling 10 Dinar, sekaligus menggambarkan kesenian Islam yang lembut dan indah.

Harga per gram bagi setiap saiz Dinar adalah semakin rendah apabila semakin besar saiznya. Manakala nilai spreadnya pula semakin mengecil apabila semakin besar saiznya. Amat menguntungkan bukan?

Pada waktu artikel ini ditulis, harga 1 Dinar hingga 10 Dinar Public Gold berada dalam lingkungan RM602 hingga RM5,968 sekeping.

Untuk pengetahuan anda juga, saya nyatakan nilai spread setiap Dinar Public Gold buat masa ini:

  • 1 Dinar   - 6.0%
  • 2 Dinar   - 6.0%
  • 5 Dinar   - 5.5%
  • 10 Dinar - 5.0%


Dinar Public Gold adalah antara produk emas yang mendapat sambutan hangat sehingga kini. Juga diterima untuk pajakan di kebanyakan premis Ar-Rahnu.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

No comments:

Post a Comment