Wednesday, April 30, 2014

PROMO DEALER 1 - 31 MEI 2014

Promosi Dealer bulan Mei 2014 kali ini lebih meriah. Promosi Back To Basic - DINAR BONANZA


Public Gold menawarkan hadiah sekeping gold bar BungaMas bersaiz 10 gram kepada Dealer Public Gold yang berjaya memperkenalkan 20 orang Dealer baru di dalam tempoh promosi. Wow, BungaMas 10 gram tu!


Mari kita lihat terma dan syarat untuk memenangi hadiah BungaMas 10 gram ini:
  1. Anda layak menerima 10 gram jongkong BungaMas percuma dengan memperkenalkan 20 pengedar baru (kod PG baru) dengan setiap pembelian 30 Dinar ke atas sahaja;
  2. Promosi ini hanya terhad kepada 100 keping jongkong emas BungaMas 10 gram sahaja;
  3. Pihak Pengurusan Public Gold berhak untuk meminda terma-terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis; dan
  4. Tempoh promosi: 1 Mei 2014 – 31 Mei 2014.


Oleh itu untuk bergelar Dealer sah Public Gold menerusi promo ini pun lebih mudah, cuma belian minimum 30 Dinar sahaja.

Lepas jadi Dealer sah, dah terus boleh sertai promo ini dengan perkenalkan 20 orang Dealer baru secepat mungkin. Jadi Dealer dan ajak kawan-kawan, rakan sekerja, kaum keluarga, adik-beradik, saudara-mara dan semua untuk turut jadi dealer dengan belian 30 Dinar menerusi promo ini. Mudahkan?

Jangan tunggu lama-lama. Rebut hadiah BungaMas 10 gram percuma. Harga Dinar sekarang pun masih tak mahal sangat. 

Jom bina masa depan emas bersama Buletin Emas!


Rakan Mesra Public Gold Anda:
Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Monday, April 28, 2014

PRODUK PUBLIC GOLD: DINAR

Dinar merupakan salah satu matawang Islam dan berat piawainya telah ditetapkan pada 4.25 gram bagi setiap 1 Dinar. Matawang Dinar adalah disandarkan 100% kepada emas tulen.

Sebagai mengingati kembali penggunaan matawang Dinar ini, Public Gold menerusi Public Dinar telah mengeluarkan syiling emas Dinar di dalam empat saiz buat masa ini. Saiz tersebut adalah 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan juga 10 Dinar.





Ukiran bentuk kerawang bunga di belakang setiap Dinar Public Gold sangat memikat mata memandang dan ukiran masjid di belakang syiling 10 Dinar, sekaligus menggambarkan kesenian Islam yang lembut dan indah.

Harga per gram bagi setiap saiz Dinar adalah semakin rendah apabila semakin besar saiznya. Manakala nilai spreadnya pula semakin mengecil apabila semakin besar saiznya. Amat menguntungkan bukan?

Pada waktu artikel ini ditulis, harga 1 Dinar hingga 10 Dinar Public Gold berada dalam lingkungan RM602 hingga RM5,968 sekeping.

Untuk pengetahuan anda juga, saya nyatakan nilai spread setiap Dinar Public Gold buat masa ini:

  • 1 Dinar   - 6.0%
  • 2 Dinar   - 6.0%
  • 5 Dinar   - 5.5%
  • 10 Dinar - 5.0%


Dinar Public Gold adalah antara produk emas yang mendapat sambutan hangat sehingga kini. Juga diterima untuk pajakan di kebanyakan premis Ar-Rahnu.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Sunday, April 27, 2014

PRODUK PUBLIC GOLD: GOLD COIN 999.9


Public Gold juga mengeluarkan produk syiling emas berketulenan 999.9 atau 24K dengan saiz 50 gram. Harga dan nilai spreadnya sama dengan gold bar Public Gold bersaiz 50 gram. Oleh itu, spreadnya cuma 5.5% sahaja.


Dengan disertakan Sijil Kesahtulenan (Certificate of Authenticity) yang disahkan oleh Assayer bertauliah iaitu Assay Office Penang Sdn. Bhd. menjadikan item ini diiktiraf dan tidak ada sebarang keraguan lagi.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!


Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

PRODUK PUBLIC GOLD: 10 DIRHAM

Public Gold juga mengeluarkan syiling perak atau dikenali sebagai syiling 10 Dirham dengan tahap ketulenan 999. Dirham merupakan satu matawang zaman lampau dan terkenal pada zaman pemerintahan empayar Islam. 


Untuk pengetahuan umum, saiz piawai bagi 1 Dirham bersamaan 2.975 gram perak. Oleh itu, saiz bagi 10 Dirham adalah 29.75 gram perak 999.

10 Dirham dengan Sijil Kesahtulenan, belian biasa tidak termasuk bekas.

Sehingga kini, item 10 Dirham ini merupakan produk yang paling murah keluaran Public Gold. Nilai spread bagi 10 Dirham ini ialah 16% sahaja.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!


Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

PRODUK PUBLIC GOLD: SILVER BAR 999

Ketulenan bagi jongkong perak atau silver bar Public Gold adalah 999. Buat masa ini jongkong perak Public Gold boleh didapati di dalam empat saiz iaitu 100 gram, 250 gram, 500 gram dan juga 1 kilogram. 


Nilai spread jongkong perak Public Gold pula adalah seperti berikut:
  • 100 gram    - 15%
  • 250 gram    - 14%
  • 500 gram    - 13%
  • 1000 gram  - 12%
Perlu diketahui bahawa logam perak sekarang ni semakin kurang pengeluarannya sedangkan penggunaannya sangat tinggi di dalam industri pembuatan dan perkilangan seluruh dunia. Justeru, dianggarkan logam perak akan mengalami kenaikan harga sangat tinggi suatu masa nanti apabila permintaan terhadap logam ini melebihi penawarannya.


Jom Bijak EMAS & PERAK bersama Buletin Emas!


Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

PRODUK PUBLIC GOLD: GOLD BAR 999.9

Jongkong emas atau gold bar Public Gold adalah emas tulen dengan kandungan 999.9 emas atau 24K. Sehingga kini produk jongkong emas Public Gold boleh didapati dalam enam saiz iaitu 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan juga 500 gram.


Beberapa perbezaan pada setiap saiz tersebut ialah dari segi nilai spread dan juga harga per gramnya. Semakin berat saiz jongkong emas tersebut, semakin kecil nilai spreadnya, dan juga semakin rendah harga per gramnya. Justeru semakin besar keuntungannya. Nilaian spread bagi setiap saiz adalah seperti berikut:

  • 10 gram    - 8.0%
  • 20 gram    - 6.0%
  • 50 gram    - 5.5%
  • 100 gram  - 5.0%
  • 250 gram  - 4.5%
  • 500 gram  - 4.5%
Mana satu pilihan anda? 
Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!


Imej menunjukkan contoh gold bar Public Gold saiz 20 gm dengan bekas plastik dan Sijil Kesahtulenannya.


Wan M. Shukri (PG8436)
Tel: 014-220 7892

Thursday, April 24, 2014

PRODUK PUBLIC GOLD: TAI FOOK SERIES



Tai Fook Series merupakan produk gold bar dengan kualiti emas 999.9 atau 24K. Dikeluarkan oleh Public Gold dalam empat saiz bermula 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.


Imej di atas menunjukkan gambar belakang gold bar Tai Fook, Sang Naga mengejar matahari.


Pastikan apabila anda mengambil emas Tai Fook yang dibeli di cawangan atau dari dealer-dealer sah, anda mendapat sekali Sijil Kesahtulenannya. Harap maklum.


Imej ini pula menunjukkan spread perbezaan harga SELL & BUY produk Tai Fook Series dan Siri BungaMas bermula 17 Julai 2013 lalu sehingga ada sebarang perubahan kelak. Spread lebih kecil bermakna lebih menguntungkan.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri
PG8436
Tel: 014-220 7892

KERETA ATAU EMAS?


Imej di atas menunjukkan perbandingan nilaian harga di antara dua item, sebuah kereta Myvi dan 1 kg emas pada tahun 2000 dan 2013. 

Kedua-dua item mengalami kenaikan harga dalam tempoh 13 tahun tersebut. Kereta mengalami kenaikan sekitar RM10,000.00 manakala 1 kilogram emas mengalami kenaikan sekitar RM100,000.00 dalam tempoh yang sama. 

Asasnya, semua kita pada hari ini memerlukan kenderaan dan simpanan/pelaburan. Tetapi ramai yang nampak akan keperluan memiliki kenderaan sehingga ada yang sanggup berhabis-habisan menghias kereta dengan pelbagai aksesori tambahan serta ada yang kerap menukar kereta saban tahun. Ramai juga yang menambah koleksi kereta dan kenderaan mereka. Itu adalah bagus jika mengikut keperluan dan kemampuan.

Namun, jangan lupakan simpanan atau pelaburan masa depan yang boleh kita gunakan di waktu-waktu kecemasan kemudian hari nanti. Antara pilihan terbaik untuk simpanan atau pelaburan sebegini adalah emas tulen fizikal. Lihat sahaja di dalam tempoh di atas, kenaikan nilainya dari RM40,000.00 kepada sekitar RM150,000.00 sekilogram. Bagaimana pula jika dibandingkan harga emas tersebut sejak dari tahun 1990 hingga kini. 

Anda pun boleh merasai aura kehebatan emas ini. Emas kalis inflasi. Penurunan nilai ringgit biasa berlaku tetapi emas tetap berharga sepanjang zaman. Mulakan sekarang walaupun hanya dengan sekeping 1 Dinar atau sekeping gold bar 10 gram. Jom saya bantu!

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri | PG8436 | 014-220 7892

Tuesday, April 22, 2014

PRODUK PUBLIC GOLD: SIRI BUNGAMAS

Sejak dilancarkan sekitar Julai 2013, jongkong emas 999.9 Siri BungaMas terus mendapat sambutan pelanggan hingga kini. Coraknya cantik dengan tulisan Jawi dan cetakan berbunga songket di belakangnya melambangkan sejarah Bunga Emas yang digunakan ketika era Kesultanan Melayu terdahulu sebelum kedatangan British sebagai hadiah lambang persahabatan.



Kini jongkong emas Siri BungaMas Public Gold boleh didapati dalam empat pilihan saiz iaitu 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Sudah pasti koleksi Siri BungaMas ini juga sangat bagus untuk dijadikan simpanan pelaburan emas fizikal anda, selain dijadikan hadiah buat insan-insan tersayang dan disanjungi.



Pastikan anda memperolehi juga Sijil Kesahketulenan (Certificate of Authenticity) apabila membelinya nanti. Selamat menabung BungaMas! 


Rakan Mesra PG Anda:
Wan M. Shukri 
PG8436
Tel: 014-220 7892

BUAT PEMINAT PERMATA BERLIAN




LCLD001001


Keterangan:


LCLD001002


Keterangan: 


LCLD001003


Keterangan:


Sehingga maklumat ini ditulis, Public Gold masih menawarkan diskaun harga belian sehingga 20% bagi setiap berlian di atas. Jadi, tak perlu tunggu lagi untuk mendapatkan berlian menawan ini dengan harga istimewa.

*Sila klik imej untuk paparan lebih besar.


Your Friendly PG Dealer:
Wan M. Shukri
PG8436
Tel: 014-220 7892

Saturday, April 19, 2014

HANYA 10 PERATUS SAHAJA!






Sekarang, semua terasa dengan kesan kenaikan harga barangan dan perbelanjaan. Wang keluar lebih cepat berbanding wang masuk. Simpanan pula seolah-olah mustahil bagi sesetengah kita, apalagi simpanan berbentuk jangka panjang. Mari saya cadangkan beberapa kaedah yang boleh dibuat dengan saranan 10 peratus sahaja sebulan daripada pendapatan anda.


Bagaimana caranya?
  1. Jika 10% daripada pendapatan bulanan anda sekitar RM100*, saya cadangkan simpanan di dalam bentuk syiling perak 10 Dirham;
  2. Jika sekitar RM600* sebulan, elok ditukar kepada simpanan syiling emas 1 Dinar; atau
  3. Jika tidak mampu juga, boleh membuat pemilikan emas atau perak Public Gold secara ansuran mudah empat bulan - Easy Payment Purchase (EPP).
* menurut purata harga semasa kini (April 2014)

InsyaAllah dengan disiplin dan tindakan bijak ini, simpanan emas atau perak pun ada dan perbelanjaan harian pun lebih berhemah.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!




Wan M. Shukri
PG8436
Tel: 014-220 7892


Wednesday, April 16, 2014

PROMOSI DEALER 16 -30 APRIL 2014

Promosi menjadi dealer Public Gold bagi bulan April 2014 kali ini amat istimewa. Biasanya untuk layak menjadi dealer, anda perlu membuat belian minima produk emas atau perak Public Gold sekurang-kurangnya RM20,000.00 tetapi dengan promosi ini, hanya perlu membeli sekurang-kurangnya 50 gram emas Public Gold dan kemudian memperkenalkan seorang lagi rakan anda dengan belian 50 gram emas juga. Konsepnya 50gm + 50gm. Amat mudah dan amat murah pula tu. Promosi 50gm + 50gm ini hanya terhad sehingga 2000 orang pertama sahaja. Jadi jangan tunggu lama-lama.

Early Birds bagi promosi ini seramai 2000 orang pertama bagi tempoh 1 - 15 April 2014 telah penuh dan mereka menikmati kaedah 30gm + 30gm sahaja. Sambutan sangat menggalakkan. 

50gm + 50gm pun tak kurang hebatnya. Rebutlah peluang ini sekarang sementara tempat masih ada.

Pada waktu ini, 50 gram emas Public Gold tidak sampai pun RM7,500.00 dan sangat berbaloi.

Untuk pengetahuan anda, dealer Public Gold menikmati 1% insentif daripada belian emas dan perak, dan 0.5% insentif daripada jualan balik (sell back). Sambil membeli emas, dapat pula insentif dan dapat pula jadi Tokey Emas.


Jangan segan, jangan malu untuk hubungi saya. Kita sama-sama berkongsi ilmu emas.

Jom Emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri
PG008436
Tel: 014-220 7892

PROMOSI X-PLAN


Untuk makluman anda, Public Gold juga mengadakan program pertukaran emas dan barang kemas jenama lain dengan jenama Public Gold.


Public Gold membeli emas terpakai dengan harga yang tertinggi di Malaysia bagi tukar beli produk jenama-X kepada produk Public Gold menerusi X-Plan.


Harga Pertukaran X-Plan (jenama-X) seperti berikut:
  • 999.9 (24K) = Berdasarkan harga semasa (PG BUY) Public Gold 10gm
  • 916 (22K) = Berdasarkan harga semasa (PG BUY) D-Series 1gm

Kemudian beli emas Public Gold dengan harga PG SELL pula. Sangat mudah dan sangat jimat kerana Public Gold menawarkan harga tinggi untuk emas anda. Harga jualan emas Public Gold pula lebih rendah berbanding harga di kedai-kedai biasa.

Dapatkan maklumat lanjut di cawangan Public Gold yang berhampiran. Jangan lupa masukkan nama dan nombor saya sebagai introducer anda nanti.

Jom Bijak Emas bersama Buletin Emas!

Wan Mohammad Shukri Wan Chik
PG008436
Tel: 014-220 7892

ANTARA FAKTOR TURUN NAIK HARGA EMAS


Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan telah diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak US$24.60 kepada US$1,041.80 seauns sehari. Dahulu harga terendah emas ialah US$868.70 dan setahun dulu harganya ialah US$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8%. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah US$412.10 dengan kenaikan kira-kira 152%. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30%. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri sukar memperolehi keuntungan sebanyak itu.


Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, satu auns (1Oz) bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimanapun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. 

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama: 

  • Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (Euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia;
  • Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan banyak seperti US$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat, kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun; dan
  • Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh, dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. 

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100% oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38% daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini.


Di sini belum ada lagi emas seperti ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.


ALLAHYARHAM DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

KELEBIHAN PUBLIC GOLD


Dengan kelebihan seperti yang tertera di imej di atas, tentunya lebih menguntungkan pelanggan di samping faktor kebolehpercayaan terhadap syarikat pengeluar emas Public Gold.

Harga emas dan perak Public Gold lebih murah kerana syarikat sentiasa mengemaskini harga emas dan perak setiap masa (sekitar 20 minit sekali kecuali Sabtu & Ahad) menurut pergerakan harga emas & perak dunia. Justeru, jika harga pasaran dunia turun, harga emas dan perak Public Gold juga diturunkan dan begitu juga sekiranya berlaku kenaikan harga di pasaran dunia.

Perbezaan harga belian dan jualan pula amat rendah. Istilah perbezaan harga ini juga digelar "spread". Lebih kecil "spread" lebih besar dan lebih cepat keuntungannya. Pelabur bijak haruslah memahami berkenaan "spread" terlebih dahulu.

Sistem Penempahan Atas Talian (Online) 24 jam amat memudahkan pelanggan berdaftar untuk membuat tempahan belian pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana, asal sahaja ada sambungan internet. Tempahan untuk jual balik (sell back) emas atau perak kepada Public Gold pun boleh dibuat secara atas talian. Memang mudah. Untuk mendaftar, bolehlah klik referral link ini https://publicgold.com.my/referral/PG008436/22471 dan lengkapkan borang yang disediakan di web tersebut. Lepas mendaftar, anda sudah boleh membuat tempahan. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, terus hubungi saya.

Jom bijak emas bersama Buletin Emas!

Wan M. Shukri
PG8436
Tel: 014-220 7892


Monday, April 14, 2014

TIGA UNTUNG BESAR SIMPAN EMAS


  1. Duit tak lagi mudah bocor - kalau simpan duit ni mesti asyik terbelanja, terguna dll;
  2. Emas orang tak boleh pinjam macam duit;
  3. Dengan simpanan adalah lebih mudah membina kekayaan.
Mahalkah emas? Tak cukup bajet?

Tahukah anda?
Sekarang ini dengan lingkungan RM600++ anda dah boleh simpan emas.
Dah dapat satu keping Dinar yang cantek tertarik.

Jika tak mampu simpan emas, bermakna anda belom mampu menyimpan wang.
Tapi jika mampu simpan emas, insyaAllah simpan duit jadi lebih mudah.

Nak tahu keistimewaan simpan emas?
Try beli sekeping 1 Dinar ni dulu.. BEST!





Jom Emas bersama Buletin Emas!


Wan M. Shukri
PG8436
Tel: 014-220 7892

Sunday, April 13, 2014

ANTARA KELEBIHAN EMAS FIZIKAL



Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam";
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai";
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)";
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"; dan
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu".

Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya, justeru antara 30 kelebihan melabur dengan emas fizikal adalah:

  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur;
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa;
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa;
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam;
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan - Hanya simpan dan tunggu!;
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh;
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi - "Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi", tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008);
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan;
  9. Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga;
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar;
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu;
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik;
  13. Senang untuk dibawa ke mana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 10gram – 500gram atau 1 dinar – 10 dinar;
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga;
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan;
  16. Permintaan emas semakin tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang Dollar;
  17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan kelak;
  18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam setelah cukup haul dan nisabnya;
  19. Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes;
  20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan;
  21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka;
  22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual;
  23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup;
  24. Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas;
  25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM?;
  26. Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya;
  27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi;
  28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka;
  29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas;
  30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru;
  31. HANTARAN KAHWIN!! SIAPA KAHWIN TAK BELI EMAS? Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..

Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih tak tahu kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi... bergantung pada individu... Hubungi kami di Buletin Emas utk urusan selanjutnya.