Sunday, April 13, 2014

ANTARA KELEBIHAN EMAS FIZIKAL



Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam";
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai";
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)";
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"; dan
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu".

Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. Lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya, justeru antara 30 kelebihan melabur dengan emas fizikal adalah:

  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur;
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa;
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa;
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam;
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan - Hanya simpan dan tunggu!;
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh;
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi - "Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi", tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008);
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan;
  9. Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga;
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar;
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu;
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik;
  13. Senang untuk dibawa ke mana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 10gram – 500gram atau 1 dinar – 10 dinar;
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga;
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan;
  16. Permintaan emas semakin tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang Dollar;
  17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan kelak;
  18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam setelah cukup haul dan nisabnya;
  19. Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes;
  20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan;
  21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka;
  22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual;
  23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup;
  24. Hutang Amerika Syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas;
  25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM?;
  26. Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya;
  27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi;
  28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka;
  29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas;
  30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru;
  31. HANTARAN KAHWIN!! SIAPA KAHWIN TAK BELI EMAS? Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..

Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih tak tahu kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi... bergantung pada individu... Hubungi kami di Buletin Emas utk urusan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment